Friday, 21 September 2012

Restoran Subaidah MITC,Melaka

Restoran Subaidah MITC,Melaka

Sekarang dah mula kurang masak sebab isteri mula diet,jadi tiada sesiapa yang nak makan dirumah.Sasaran sekarang ialah mencari kedai-kedai makan di melaka yang berjaya menarik selera saya.Saya mulakan dengan Restoran Subaidah MITC,Melaka..

Pengurus menyambut dengan penuh senyuman

Restoran ini memang merupakan restoran kegemaran kami sekeluarga.Untuk keluarga kami sahaja sudah empat generasi yang datang makan disini,dari datuk,ibubapa,saya/isteri sehingga anak-anak kami.Restoran Subaidah banyak cawangannya seluruh malaysia tetapi cawangan lain tidak boleh menandingi cawangan MITC kerana keenakkan tosseinya...


Nasi Campur

Selain tossei yang terbaik,nasi campurnya juga sedap.Lauk kegemaran saya,ayam madu,kari sotong & sayur kobis.


Limau Ais Medium

Yang sangat istimewa pada saya air limau ais medium size.Tidak dapat dimana-mana.Cukup rasa..hehehe

Cashier yang sentiasa senyum

Makan sudah,tinggal bayar pula..Cashier senyum sentiasa,segan agaknya kena ambil gambar..hehehe..harga pn ok..Jadi mana pula sasaran kedai makan selepas ni???

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...