Saturday, 22 September 2012

Restoran Berkat Salam

Restoran Berkat Salam

Malam tadi restoran yang menjadi sasaran untuk memenuhi nafsu makan adalah di Restoran Berkat Salam di Bukit Katil,Melaka..Antara yang best kat restoran ni adalah kawasan yang luas,parking yang banyak & yang terbaik sekali servis yang sangat cepat..Air tak sempat sampai,makanan dah siap & sudah tentu pilihan menu yang pelbagai..Yang paling penting sedap & murah..


Sebahagian menu di atas

Pekerja di restoran ni sangat bagus,pelanggan bangun sahaja terus kemas meja..

Menu Istimewa

Menu Set Hidangan Keluarga

Menu Istimewa Negeri Melaka,Asam Pedas
Antara menu-menu yang istimewa di restoran ini adalah semestinya pelbagai jenis Assam Pedas yang popular di Negeri Melaka.Terdapat juga set Hidangan Keluarga yang harganya sangat berpatutan,gerai menjual satey,makanan western & yang paling terkenal di restoran ini adalah lempeng kelapa / lempeng pisang..Lempeng kelapa di cicah bersama assam pedas tetel & lempeng pisang "Enak Dimakan Begitu Sahaja"..

Nasi Goreng Berkat Salam

Satey Ayam

Pilihan selera aku malam ni Nasi Goreng Berkat Salam,untuk anak aku yang kecik ni pula satey ayam..Sabar je dia tunggu satey tu sejuk..Mama pula memang tidak makan,on lemonade diet..(Nanti aku kongsi macam mana buat diet tu)..Air malam tadi pula Sirap Bandung Cincau,air Laici Ais & untuk orang yang mengamalkan diet lemonade cukup sekadar teh "O" suam tanpa gula..

Sirap Bandung Cincau

Laici Ais

Selesai makan,hisap rokok barang sebatang dua..Memikirkan pula esok mahu makan dimana bagi meneruskan misi memburu makanan...


1 comment:

  1. patutnya yg mengamalkan lemonade diet tu bawak jer air dia gi mana2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...