Wednesday, 15 February 2012

Spaghetti Goreng




Bahan-bahan:


1/2 Pek Spaghetti(disyorkan jenama San Remo)
1/2 CawanTomato Puri(disyorkan jenama Pregro Traditional)
Bawang Kuning(Dipotong dadu)
Bawang merah(Dimayang)
Bawang Putih(Dipotong dadu)
Buah Tomato(Dipotong dadu)
Daging Cincang(disyorkan jenama Ramly)
Cili Boh(Mengikut kesesuaian)
Sedikit Sos Tomato
2 Biji telur
Garam

Cara Memasak:


Rebus Spaghetti sehingga masak kemudian toskan..Kemudian panaskan minyak,Tumiskan Bawang Merah,bawang putih & bawang kuning sehingga naik minyak.Kemudian masukkan cili boh.kacau hingga sebati.Masukkan tomato puri & daging cincang,gunakan api sederhana sehingga daging cincang tersebut masak.Masukkan telur & kacau sehingga sebati...Masukkan Garam,sedikit sos tomato & spahetti yg sudah direbus tadi dan kacau sehingga sebati...akhir sekali,masukkan buah tomato kacau 2/3minit & siap utk dihidang...Selamat Mencuba!!!

p/s:Untuk spaghetti,ketika rebus,campurkan sedikit minyak supaya tidak melekat selepas diangkat..selepas masukkan buah tomato tadi,seelok-eloknya tutup api dan kacau sebentar sahaja utk mengekalkan kesegaran & khasiat buah tomato.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...