Wednesday, 22 February 2012

Kids Butter Cookies


Bahan-bahan:


180gram mentega jenama ButterCup,200gram gula kastard,2 biji telur,400gram tepung gandum,1 sudu serbuk penaik,1 sudu essence vanilla,sedikit mentega(untuk disapu atas loyang),gula icing & pewarna(untuk icing)



Cara Masak:


Lembutkan mentega kemudian masukkan gula kastard..Kacau sehingga bertukar warna krim...Kemudian pecahkan telur kedalam bekas lain,masukkan essence vanilla & kacau sehingga sebati...Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam bekas yang berisi mentega tadi...


Masukkan tepung ke dalam adunan tadi kemudian kacau sehingga sebati sehingga ianya mampat.Masukkan ke dalam plastik & simpan di dalam peti sejuk selama 30minit...sementara itu,bolehlah panaskan oven(180*C)...



Selepas 30minit,keluarkan adunan & canai setebal 1inci...Tekap mengikut acuan pilihan anda & susun diatas loyang.

 
Masukkan adunan biskut tadi ke dalam oven yang sudah dipanaskan tadi...Masak sehingga berwarna  keperangan & angkat biskut tersebut...Keluarkan biskut dari loyang untuk disejukkan..


Icing:

Jika anda mahu meletakkan icing,anda beleh membancuh gula icing dengan sedikit air,kacau sehingga likat & masukkan setitik pewarna pilihan anda...kemudian kacau sehingga sebati...



Siap untuk hidangan minum petang bersama anak-anak...Selamat Mencuba!!!


p/s:setelah disapu icing diatas biskut,seelok-eloknya simpan di dalam peti sejuk untuk mengeraskan icing & menjadikan icing itu berkilauan...Jika anada tidak suka manis,boleh juga disapu kuning telur diatas biskut sebelum dibakar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...