Saturday, 18 February 2012

Kerabu Perut Dengan Taugeh




Bahan-bahan:


300gram taugeh(dicelur)
700gram perut lembu(dibasuh & direbus)
2 1/2 sudu kerisik
3 batang serai(ditumbuk)
1 inci lengkuas(ditumbuk)
2 biji bawang besar(ditumbuk)
7 biji cili padi(ditumbuk)
1 biji tomato
3 biji cili merah
2 biji limau nipis
Belacan
Garam
1 biji bawang besar(dimayang)


Cara Masak:


Potong nipis perut lembu kemusian masukkan taugeh,serai,lengkuas,bawang besar(yang ditumbuk),cili padi,cili merah & belacan...Gaul sehingga sebati...kemudian masukkan kerisik,bawang besar(yang dimayang),tomato,garam & air perahan limau nipis...Gaul sehingga sebati...sedia untuk dihidangkan...Selamat Mencuba!!!


p/s:cuci perut lembu dengan air panas & sedikit kapur makan untuk membersihkan perut tersebut...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...