Sunday, 19 February 2012

Creme Caramel



Bahan-bahan:


400 gram gula,100ml air,2 tin susu sejat penuh krim(dicadangkan jenama ideal),4biji telur,essence vanilla & 75 gram gula...



 Cara Masak:


1)Masukkan 400gram gula & 100ml air masak sehingga ianya menjadi warna coklat keperangan...Kemudian tuang ke dalam acuan...



2)Masukkan 2 tin susu idea,2 sudu essence vanilla & 75gram gula...Gunakan api sederhana,kacau sehingga sebati...



3)Setelah siap susu tadi,padamkan api...sejukkan seketika,Pecahkan 4 biji telur ke dalam bekas & masukkan sedikit susu tadi kedalam bekas telur untuk menyesuaikan suhu susu dengan telur & kacau...Kemudian masukkan adunan telur tadi kembali ke dalam periuk yang mengandungi susu & kacau lagi sehingga sebati...Tapis adunan tadi ke dalam mangkuk,kemudian tuang ke dalam acuan...




4)Sedia untuk dimasak,anda boleh menggunakan 2 cara iaitu menggunakan oven atau kukus(lebih mudah menggunakan periuk nasi yang telah didihkan airnya)...Untuk yang menggunakan oven,sila panaskan oven 150*C,lapik acuan menggunakan tuala lembab & isikan air(rujuk gambar) & masak sehingga 20minit atau sehingga adunan pejal...Untuk pengguna periuk nasi,didihkan air kemudian masukkan acuan...Tunggu sehingga adunan pejal...




5)Setelah adunan menjadi pejal,angkat & simpan didalam peti sejuk sehingga 3jam...Selepas 3 jam,anda boleh mengeluarkan adunan dari acuan & siap untuk dihidangkan...Selamat Mencuba!!!


p/s:Sila pastikan adunan anda tebal jika tidak,Creme Caramel anda akan rapuh & pecah seperti gambar diatas...Untuk menjadikan gula anda kelihatan coklat keperangan(cara memasak 1),masukkan sedikit serbuk nescafe...pastikan gula yang dituang kedalam acuan tadi keras sebelum anda tuang adunan susu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...