Saturday, 22 September 2012

Dapur Mama

Kari Ayam Dengan Kentang

Pemburuan makanan untuk makan tengah hari hari ini lain dari yang lain tempatnya..Memang tak dapat di mana-mana.Istimewa dari dapur mama (ibu mertuaku)..Nak cerita sikit tentang mama.Mama berasal dari kedah,kampung kodiang lama..Setiap kali mama masak memang aku tunggu dari sarapan,makan tengah hari sambung terus ke makan malam memang terbaik masakannya..

Ketam Black Pepper

Hidangan ketam balck pepper hampir menyebabkan kegagalan amalan lemonade diet isteriku..hahaha,sumpah rugi kalau tak dapat makan..

Sup Fishball
 Sup Fishball ni untuk anak-anak aku sebenarnya,tapi aku yang terhabiskan..hehehe

Masak Tempoyak

Macam mana pun,masak tempoyak ni memang membuka selera jawa aku..hahaha,ramai orang tak suka dengan orang jawa..Aku orang jawa,jadi apa masalahnya?Bagi aku banyak makanan orang jawa yang sedap-sedap,kalau ada nanti aku kongsi..

Siap Terhidang

Semuanya siap terhidang,basuh tangan & makan tanpa menoleh kiri kanan..hahaha,kenyang tahap ular sawa hari ini..Selesai semuanya,hisap rokok sebatang dua,baru terasa nikmatnya..hahaha

Pencuci Mulut
Kalau di rumah mama,memang setiap kali makan akan terhidang pencuci mulut.Ianya satu kemestian..Aku sangat menghargai masakan seorang ibu sebab aku sendiri sudah tiada emak,aku sangat rindu dengan air tangan arwah emak aku..Sekurang-kurangnya aku masih ada mama untuk aku rasa air tangan seorang ibu..Hargailah apa yang mereka masak untuk kita,kalau mereka sudah tiada tidak guna untuk kita menyesal kerana tidak hargai mereka..Al-Fatihah untuk Puan Suhana Binti Mahamad Darus..

Restoran Berkat Salam

Restoran Berkat Salam

Malam tadi restoran yang menjadi sasaran untuk memenuhi nafsu makan adalah di Restoran Berkat Salam di Bukit Katil,Melaka..Antara yang best kat restoran ni adalah kawasan yang luas,parking yang banyak & yang terbaik sekali servis yang sangat cepat..Air tak sempat sampai,makanan dah siap & sudah tentu pilihan menu yang pelbagai..Yang paling penting sedap & murah..


Sebahagian menu di atas

Pekerja di restoran ni sangat bagus,pelanggan bangun sahaja terus kemas meja..

Menu Istimewa

Menu Set Hidangan Keluarga

Menu Istimewa Negeri Melaka,Asam Pedas
Antara menu-menu yang istimewa di restoran ini adalah semestinya pelbagai jenis Assam Pedas yang popular di Negeri Melaka.Terdapat juga set Hidangan Keluarga yang harganya sangat berpatutan,gerai menjual satey,makanan western & yang paling terkenal di restoran ini adalah lempeng kelapa / lempeng pisang..Lempeng kelapa di cicah bersama assam pedas tetel & lempeng pisang "Enak Dimakan Begitu Sahaja"..

Nasi Goreng Berkat Salam

Satey Ayam

Pilihan selera aku malam ni Nasi Goreng Berkat Salam,untuk anak aku yang kecik ni pula satey ayam..Sabar je dia tunggu satey tu sejuk..Mama pula memang tidak makan,on lemonade diet..(Nanti aku kongsi macam mana buat diet tu)..Air malam tadi pula Sirap Bandung Cincau,air Laici Ais & untuk orang yang mengamalkan diet lemonade cukup sekadar teh "O" suam tanpa gula..

Sirap Bandung Cincau

Laici Ais

Selesai makan,hisap rokok barang sebatang dua..Memikirkan pula esok mahu makan dimana bagi meneruskan misi memburu makanan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...